Puan Zuraida...Puan Dayangku Fadariah...Puan Nafisa.... Selamat hari Ibu!!! :
Ummi, ialah Ibu aku..
Aunty, ialah Ibu ke-2 aku..*ehem2...Kiranya ayahanda aku beristeri dua lah..
Puan Nafisa??itu kakak aku yang dah berkahwin dan menjadi ibu kepada seorang puteri......heheheh
Ummi dan aunty, dua orang wanita yang menjaga kami sedozen bilangan adik beradik....gila ramai kan???hehehe...kaya anak gitu...Alhamdulillah semuanya mendapat kesempurnaan fizikal dan mental... walaupun masing-masing bergilir-gilir menjaga kami semua, namun kasih sayang dari mereka tak pernah kurang walau sedikit pon...terlebih plak kot......hahahahha.....
Ummi ialah wanita yang terhebat bagi aku di dalam dunia ini...*seriously......nak menjaga anak 8 orang anak iaitu 5orang gadis dan 3 orang jejaka dengan jawatan sebagai suri rumah memang menduga kesabaran dan ketahanan mental..huhuhu...dan disamping pula dengan keadaan ayahanda aku yang kurang sihat menjelang usia senja ini memang betul-betul memberi dugaan hebat buat ummi... tapi....nasiblah anak-anak ramai....sorang anak buat hal, anak lain boleh settle....sorang anak merajuk, biar pergi lah...anaknya ramai lagi pulakkkkk...hehe..teringat bebelan ummi bila di suruh solat...setiap kali masuk waktu mesti kena membebel dulu baru solat...bukan taknak solat sebenarnya, tapi aku secara jujurnya aku lebih mengada-ngada bila berdekatan dengan keluarga aku, tambah lagi dengan ummi...*buat air pun aku malas kalau ada ummi!!!ummi boleh buatkan kan???hihihihi..ummi selalu cakap "ini agaknya macam mana kat tempat belajar, tak solat agaknya!!"..hihihih..ummi....jangan risau..ean tak tinngal solat pun kalau pergi jauh dari ummi...... :)
Aunty pula ialah ibu kedua aku...atau lebih korang nak faham, dia isteri kedua ayahanda aku...mempunyai 3 orang gadis dan seorang jejaka...sebagi ibu dan juga cikgu, memang berat tugasannya... namun bagi wanita bekerjaya, tentunya membesarkan anak-anak itu adalah sesuatu perkara yang mudah bagi wanita ini..tapi kalau sekali dia marah anak dia, perrrgghhhh!!!!!!jiran aku pun boleh cair taik telinga!!!hahahahahahahhahaha
inilah mereka...
Ini Puan Zuraida, merangkap UMMI.
Ini Puan Dayangku Fadariah, Marangkap Aunty.
Dan ini lah satu dozen yang dimaksudkan..
1.Yasmin (Kaklong)
Berumur 32tahun
Bekerja sebagai Secretary di Syarikat Terkemuka di Kuala Lumpur
2.Sya-Fazrin (Abang)
Berumur 30tahun
Bekerja sebagai pengusaha ternakan ikan air tawar di Gombak
3. Nafisa (kak lang)
Berumur 28tahun
Bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat arkitek di Kuala Lumpur
4. Nazira (kakcik)
Berumur 26tahun
Bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta
5. Ean (aku lah ni....)
ha...Berumur 21tahun
bekerja sebagai usahawan paling berjaya(becoming) di Malaysia
6. Nur Fatiha
Berumur 18tahun
Belajar lagi budak ni...
7. Muhammad Illyas
Berumur 16tahun
bersekolah di Sekolah teknik di Perak
8. Muhammad Syuaib
9. Dayangku Suhaida
10.Dayangku Syanabilla
11.Dayangku Syaqira
12.Muhammad Danial
(tak ada gambar mereka-mereka ini)
Sekian itulah tentang satu dozen dan aku adalah anak yang ke lima...dan inilah bukti kebahagiaan kami sekeluarga walaupun ramai gila babeng dan mempunyai dua ibu..
TADAA!!!!!!dan keluarga ini ditaja oleh Sulaiman Sdn. Bhd. (^_^)









